fbpx
ISMAIL menandatangani pelancaran logo Kosis ketika merasmikan Majlis Konvensyen Mendaya Komuniti Di Bawah Dasar Kebersihan Negara hari ini.

Kosis kutip 148.3 tan sampah di 17 PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sebanyak 148.3 tan sisa makanan dan bahan kitar semula berjaya dikutip dari 17 Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara menerusi program Komuniti Sifar Sisa (Kosis).

Kutipan sampah bermula 2019 hingga bulan lalu itu meliputi 122.6 tan buangan kitar semula dan 25.7 tan sisa makanan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, kesemua sampah itu berjaya dikumpulkan menerusi pembabitan 25 peratus penduduk yang menyertai Kosis.

“Kutipan daripada penduduk di 17 PPR itu berjaya meraih pendapatan berjumlah RM46,257 yang dibeli oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Namun, jumlah kutipan sampah itu masih dianggap rendah walaupun mencapai sasaran 25 peratus penyertaan komuniti,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvensyen Mendaya Komuniti di bawah Dasar Kebersihan Negara di sini, hari ini.

Jelas Ismail, pihaknya menyasarkan sebanyak 40 peratus penduduk kawasan perumahan di seluruh negara menyertai Kosis pada tahun depan. -K!ONLINE

POPULAR