fbpx

Pochettino tak perlu fikir terlalu panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
pochettino menjadi calon paling dikehendaki United ketika ini. – AFP

LONDON – Pengulas bola sepak England, Jamie Carragher meng­akui bahawa beliau tidak akan berfikir panjang dan mengambil tawaran menjadi pengurus Manchester United sekiranya berada di tempat Mauricio Pochettino.

Carragher percaya keputusan itu adalah terbaik dalam karier Pochettino ketika beliau kini sedang berdepan masalah untuk membentuk pasukan yang diingininya ketika PSG memiliki Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar.

“Pochettino perlu meninggalkan pasukan itu. Beliau sudah mendapat peluang di Manchester United, kalau saya berada di tempatnya, esok saya akan ke sana.

“Secara jujurnya, ia adalah kerana tiga pemain bintang (Messi, Neymar, Mbappe) yang berada di bawah kendaliannya ketika ini,” kata Carragher ketika mengulas kekalahan PSG kepada Manchester City pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Dalam pada itu, bekas bintang Arsenal Thierry Henry turut mengakui bahawa PSG sedang berdepan masalah ekoran prestasi tidak menentu ketiga-tiga pemain berkenaan yang mampu menjejaskan kedudukan Pochettino.

Bekas penyerang ­Un­i­ted, Michael Owen pula berpendapat bahawa Pochettino akan diberi lebih kebebasan sekiranya membuat keputusan ke Old Trafford.

“Tangannya ‘dirantai’ ketika ini. Beliau tidak boleh menggugurkan Neymar, Messi atau Mbappe. Sudah tentu mereka pasukan yang baik tetapi bermain dengan cara itu mereka tidak akan memenangi Liga Juara-Juara,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI