fbpx
MADANI (duduk kiri) bersama Hwa Cheng (duduk, kanan) selepas memeterai MoU kerjasama antara Pecca dengan MARii di Kuala Lumpur semalam.

Usaha sama Pecca, MARii dalam pembuatan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii)  untuk pengembangan pasaran produk dan meneroka pembuatan alat ganti kenderaan elektrik (EV).

Menurut MoU tersebut,  Pecca akan dapat  mengembangkan keupayaan untuk menawarkan produk yang lebih kompetitif kepada jenama global dan meneroka pembangunan keupayaan pembuatan automotif untuk pelbagai jenis alat ganti kenderaan termasuk EV.

Pengarah Urusan Kumpulan Pecca, Datuk Teoh Hwa Cheng berkata, pengecualian duti penuh untuk EV seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini telah meluaskan pasaran bagi EV dan komponen khusus EV di negara ini. 

“Justeru, kerjasama dengan MARii bakal menandakan satu perjalanan yang menarik untuk Kumpulan untuk mula mengeluarkan produk baharu berkaitan segmen EV bagi menangkap peluang baharu dalam industri automotif dan mobiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pemeteraian MoU tersebut yang disaksikan oleh  Setiausaha Agung Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,  Datuk Lokman Hakim Ali dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk  Ts. Madani Sahari.

 Hwa Cheng menjelaskan kerjasama tersebut bakal memberi peluang kepada Kumpulan untuk  meneroka pembuatan EV dan bekerjasama dengan jenama EV luar negara untuk menjadikannya sebagai produk tempatan.

POPULAR

BERITA BERKAITAN