fbpx

Tiada penjarakan punca kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video oleh Mohd. Irwan Shah tentang kemalangan yang berlaku dipercayai akibat tiada penjarakan kereta di lorong sebelah kanan.

PETALING JAYA – Tiada penjarakan kereta di lorong sebelah kanan dipercayai punca berlakunya satu kemalangan berdekatan Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke utara tanah air semalam.

Menerusi perkongsian video oleh Mohd. Irwan Shah di laman sosial Facebook, sebuah kenderaan dipercayai telah merempuh bahagian belakang sebuah van sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

Berdasarkan video berdurasi 23 saat di Facebook, selepas kemalangan berlaku, kenderaan yang merempuh itu dilihat sudah berada di lorong sebelah kiri dengan bahagian depan dan belakang rosak akibat rempuhan itu.

Menerusi tinjauan Kosmo! di ruangan komen, rata-rata berpendapat punca pelanggaran tersebut mungkin disebabkan kenderaan lain berhenti secara mengejut dengan kelajuan yang tiada penjarakan di lorong sebelah kanan.

“Jalan menurun di Terowong Menora, tak boleh laju dan tak boleh perlahan sebab kita perlu berikan tumpuan kepada kereta hadapan dan beberapa kereta yang lain,” kata Khairul Amri.

“Dekat sini memang kena jaga jarak, orang hadapan kalau ada kemalangan ataupun apa-apa, tolong beri ‘double signal’ supaya orang belakang tahu ada sesuatu berlaku di hadapan,” jelas Izkandar Ieyda.

“Lain kali siapa-siapa yang nampak kenderaan tetiba perlahan terus nyalakan ‘double signal’, macam lori itu buat baru pemandu belakang akan ‘alert’,” ujar Asok Kumar.

Perkongsian berkenaan mendapat lebih 812 reaksi dan dihujani lebih 252 komen di media sosial Facebook. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI