fbpx

Pelan Tindakan atasi kenaikan harga sayur, ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zawawi memberi makanan rumput napier kepada lembu sado ketika melawat Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK) Bukit Dinding di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPIM) bertindak proaktif merangka pelan tindakan bagi mengatasi kenaikan harga barang utama iaitu sayur-sayuran, ayam dan barang makanan lain.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pelan tindakan itu dirangka dengan kerjasama kementerian lain yang berkaitan untuk membantu pengeluar dan petani yang terkesan teruk sehingga menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan berkenaan.

“Punca utama yang dikesan oleh kementerian ialah tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal 2020 menyebabkan sektor pertanian turut terkesan dari segi pengeluaran termasuk pemberhentian ramai pekerja.

“Selain itu kenaikan harga sayur-sayuran dan barang keperluan lain berpunca daripada peningkatan harga racun dan baja di pasaran dunia,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja di Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK) Bukit Dinding di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan menerusi IBVK telah merintis pengeluaran dan pengedaran semen beku berkualiti bagi meningkatkan bilangan ternakan ruminan dalam negara melalui teknologi permanian beradas di lapangan.

“IBVK Jerantut menyasarkan pengeluaran sebanyak 60,000 straw semen beku berkualiti setahun menjelang 2023 yang digunakan dalam pembiakan ternakan ruminan pedaging dan tenusu negara.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kerajaan memperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk teknologi penternakan bagi memastikan bekalan semen ternakan berkualiti secara berterusan bagi melonjak industri ini,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI