fbpx

Kes Ebit Lew tidak pernah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew ditutup sebaliknya kes tersebut masih dalam siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, tiada maklumat terbaharu sehingga hari ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa kes ini tidak pernah ditutup dan tidak pernah ada rujukan untuk NFA (tiada tindakan lanjut).

“Siasatan masih diteruskan dan PDRM juga mengalu-alukan maklumat terbaharu bagi membantu siasatan,” katanya yang mengulas laporan sebuah portal mendakwa ada cubaan untuk menutup kes siasatan membabitkan pendakwah terbabit.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, PDRM mengesahkan telah merakam percakapan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew bagi membantu siasatan berkenaan dakwaan gangguan seksual.

Difahamkan, siasatan terhadap Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Siasatan kes tersebut dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI