fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Kuala Lumpur, 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di lima buah negeri akan dibadai hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 6 hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, lima buah negeri lain yang dijangka mengalami keadaan cuaca sama adalah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Bagi negeri Pahang, kawasan yang dijangka terlibat adalah Bentong, manakala di Selangor ia melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Untuk negeri Sembilan pula, ia melibatkan kawasan Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol.

Beralih ke negeri Sarawak, kawasan yang akan terjejas adalah Kuching, Samarahan, Betong, Kapit, Bukit Mabong, Belaga, Bintulu, Miri, Subis, Marudi, Limbang.

Sementara itu, bagi negeri Sabah pula, ia melibatkan kawasan Pedalaman Sipitang, Beaufort, Pantai Barat, Papar, Ranau, Kota Belud, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan dan Kudat.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI