fbpx
Keadaan kawasan tersebut selepas dinaiki air setinggi satu meter di sekitar Ampang semalam.

Selangor ambil tindakan segera masalah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan segera berhubung laporan banjir di beberapa kawasan di negeri ini semalam berikutan peralihan Monsun Timur Laut ketika ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah menerima laporan banjir kilat yang berlaku di sekitar Ampang, Hulu Langat dan Gombak.

Menurutnya, agensi terlibat dalam pengurusan banjir turut dikerah untuk bersama-sama memberi bantuan kecemasan dan pemindahan mangsa banjir.

“PBT (pihak berkuasa tempatan), KDEB Waste Management (KDEBWM), Ahli Majlis, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras giat hulur bantuan kecemasan dan bantu pemindahan,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan hujan lebat berterusan sejak petang semalam mengakibatkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.

Ekoran kejadian tersebut, seramai 258 mangsa yang terjejas akibat kejadian banjir kilat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Permai setakat pukul 10.20 malam tadi. -K! ONLINE

POPULAR