fbpx

PRU-15 dalam masa terdekat tidak selesai masalah rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal dan barisan pemain dari pasukan Todak serta SMG di KLIA, Sepang hari ini. - Foto SITI AZIELAH WAHI

SEPANG- Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat tidak akan dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, ketika ini rakyat selesa melihat kerajaan memberi fokus kepada usaha memberi perkhidmatan kepada rakyat ketika negara sedang keluar daripada pandemik Covid-19.

“Rakyat lebih selesa melihat kerajaan fokus memberi perkhidmatan untuk keluar daripada pandemik secara lebih selamat dengan menaikkan ekonomi, dan menyediakan peluang pekerjaan berbanding dengan berpolitik.

“Kalau pilihan raya diadakan dalam masa terdekat ini saya tak nampak kita boleh selesaikan permasalahan rakyat yang utama,” katanya ketika ditemui ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan PRU-15.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI