fbpx

Kertas siasatan ‘Karen’ hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang wanita memaparkan gambar 'Karen' yang didakwa tidak memakai pelitup muka dipercayai di sekitar kawasan Suria Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) membabitkan dua wanita warga asing di laluan pejalan kaki pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC) hampir selesai.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua individu terbabit telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu untuk dirakam percakapan.

“Kedua-dua individu terbabit didapati telah melanggar SOP sebaik sahaja gambar mereka tular di media sosial pada Rabu lalu.

“Kedua-dua wanita terbabit yang berusia 39 dan 37 tahun tersebut telah hadir ke IPD Dang Wangi pada Jumaat lalu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noor Dellhan, kertas siasatan berhubung kes berkenaan berada dalam peringkat akhir untuk tindakan seterusnya.

Terdahulu, Kosmo! pada 19 November lalu melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung kes pelanggaran SOP PPN Fasa 4 oleh wanita warga asing di laluan pejalan kaki KLCC.

Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengesan satu hantaran beserta gambar yang dimuat naik di laman media sosial Twitter menunjukkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka.

“Hasil penelitian ke atas gambar yang dimuat naik menunjukkan wanita tersebut dilihat sedang berjalan kaki dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki di Taman KLCC.

“Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan PPN) 2021,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI