fbpx

Enam termasuk dua remaja berdepan tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas tuduhan membunuh dan bersubahat menyebabkan kematian seorang ah long.

KLANG – Dua remaja antara enam individu berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan hari ini atas tuduhan membunuh dan bersubahat menyebabkan kematian seorang ah long, awal bulan ini.

Mereka, Tan Ah Chai, 27; Yeo Ching Lian, 36; Tan Yong Seng, 38 ; Gan Kok Shang, 43; Lau Zi Hui, 19 dan Yap Soon Kuan, 18, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret P. Sarulatha dan Majistret Amirul Abd. Rashid.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh itu. Difahamkan kesemua mereka daripada kumpulan kongsi gelap 24 dan 553.

Di hadapan Sarulatha, empat tertuduh iaitu Ah Chai, Ching Lian, Zi Hui dan Soon Kuan didakwa secara bersama membunuh Phua Kian Ming,47, di tepi sebuah restoran Jalan Batu Nilam 27A Bandar Bukit Tinggi 2, di sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari, 6 November lalu.

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kok Shang dan Yong Seng pula didakwa di hadapan Amirul Asyraf telah melakukan persubahatan jenayah bersama empat tertuduh lain dengan niat melakukan bunuh dan menyebabkan kematian Kian Ming di lokasi dan waktu sama.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 kanun sama.

Kesemua kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ain Madihah Zulkifli dan Nur’ Ayuni Jamri manakala lima tertuduh diwakili masing-masing Peguam Lim Chi Chau, Ng Li Kian dan Helen Fong.

Sementara, Yong Seng tidak diwakili peguam.

Kedua-dua Mahkamah Majistret menetapkan 31 Januari depan sebagai sebutan semula kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI