fbpx

AmBank teruskan bantuan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan terjejas memerlukan sokongan kewangan untuk kembali bangkit daripada cabaran pandemik.

PETALING JAYA – AmBank Group terus membantu peminjam yang berdepan kesukaran untuk memenuhi komitmen kewangan mereka menerusi kemudahan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus) yang dilaksanakan bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan ini, pihaknya telah mengutamakan keperluan pelanggan dalam mengharungi cabaran pandemik.

“Sehingga Oktober 2021, kami telah melanjutkan bantuan bayaran pinjaman dan pembiayaan bernilai RM31 bilion, selain meluluskan hampir 100 peratus permohonan bantuan.

“Dalam tempoh mencabar kini, kami berbesar hati untuk meneruskan bantuan kepada kumpulan sasaran menerusi Urus,” katanya dalam satu ­kenyataan.

Urus menyediakan penge­cualian faedah untuk tiga bulan dan/atau pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah buat peminjam B50 yang layak.

Mereka terdiri daripada golongan yang terkesan akibat hilang pekerjaan atau berdepan pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus.

Menurut Sulaiman, fokus Urus bukan sekadar bantuan kewangan, malah ia merupakan program holistik yang menekankan kepada bantuan perancangan kewangan buat peminjam bagi membolehkan mereka mengambil langkah pemulihan sambil memperbaiki kedudukan kewangan.

“Ia merupakan langkah tepat dalam perjalanan sektor ini ke arah menyediakan penyelesaian jangka panjang dan lestari untuk cabaran fiskal,” jelasnya.

Bagi yang tidak memenuhi syarat kelayakan, AmBank turut menyediakan bantuan bayaran balik yang disesuaikan dengan keperluan kewangan dan ke­adaan pelanggan, sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk meringankan beban kewangan golongan memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI