fbpx
MORA tetap berwaspada dengan helah TFC menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Mora harap jentera serangan Harimau Selatan lebih berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berharap jentera serangan Harimau Selatan menjadi lebih berbisa dan klinikal di hadapan gawang lawan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) malam ini.

Mora memberitahu, berdepan skuad Penyu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak bukan tugas mudah dan barisan pemain tidak seharusnya mensia-siakan setiap peluang gol yang terhidang.

Menurutnya, penyandang juara Piala Malaysia itu memiliki resepi tersendiri dalam misi memburu kemenangan pada pertemuan itu sekali gus memberikan JDT kelebihan untuk menempah tiket ke pentas final.

“Bertemu TFC di peringkat separuh akhir akan menjadi perlawanan berbeza dan sengit. Skuad kendalian Nafuzi Zain bukan calang-calang dan memiliki ramai pemain yang boleh jaringkan gol.

“Kita juga perlu seperti itu dengan ada sentuhan penyudah tajam. Bukan mudah untuk me­nembusi benteng lawan lebih-lebih lagi jika mereka berkampung di kawasan sendiri.

“JDT dibarisi ramai pemain berbakat di jentera hadapan, sepatutnya tidak timbul masalah untuk meledak gol. Saya tidak kisah siapa yang mencipta jaringan baik Nazmi (Faiz), Gonzalo (Cabrera) atau Leandro (Velazquez), asalkan dapat bantu pasukan raih kemenangan,” katanya.

Pada aksi suku akhir menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), skuad Harimau Selatan hanya meledak satu gol, manakala TFC mara dengan agregat 6-3 menentang Sarawak United.

Dalam senarai penjaring kejohanan itu, Faisal Halim dari TFC sudah meledak enam gol, manakala rakan sepasukannya, Jordan Mintah dan Lee Tuck masing-masing meledak empat gol berbanding hanya seorang wakil JDT dalam senarai itu dengan empat gol.

POPULAR