fbpx
BARISAN pemain skuad Penyu diingatkan agar tidak terlalu menghormati JDT menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Jangan terlalu hormat JDT – Peteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KELAB Penyokong Tegar Terengganu (Peteh) menggesa barisan pemain Terengganu FC (TFC) supaya tidak terlalu menghormati Johor Darul Ta’zim (JDT) menje­lang pertembungan separuh ­akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Presiden Peteh, Datuk Dr. ­Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, sikap terlalu menghormati pihak lawan dikhuatiri boleh menjejaskan rentak permainan TFC sewaktuk berdepan pasukan Harimau Selatan kelak.

Menurutnya, Peteh yakin TFC mampu mengekalkan momentum cemerlang yang dipamerkan sepanjang saingan Piala Malaysia selain rekod seimbang kedua-dua pasukan dalam Liga Super.

“Jika beraksi seperti dua perlawanan lalu, TFC boleh mengatasi JDT walaupun lawan hadir dengan reputasi pasukan terbaik, malah kita pernah mengalahkan mereka tahun ini.

“Pemain-pemain TFC tidak perlu terlalu rasa hormat kerana 11 lawan 11, kita juga pasukan yang mantap dan percaya dengan percaturan ketua jurulatih, Mohd. Nafuzi Zain,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu semalam.

Najmil Faiz juga yakin magis sewaktu mengatasi JDT pada saingan separuh akhir pada tahun 2018 boleh berulang dengan sokongan padu 20,000 penyokong tegar yang hadir ke stadium nanti.

Dalam pada itu, beliau juga berharap pengadil yang benar-benar layak diberi tugas mengawal 90 minit aksi sengit TFC dan JDT.

“Kami sebagai penyokong menjangkakan pertemuan sengit dan hebat untuk disaksikan kerana menemukan antara dua kelab terbaik Liga Malaysia. Jika kita (TFC) menang, biar menang dengan cara bersih di atas padang dan jika kalah, biar kalah dengan cara profesional,” tegasnya.

POPULAR