fbpx
Pasukan penyelamat membawa turun mayat warga emas yang meninggal dunia ketika melihat bumbung rumah yang dibaiki di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor hari ini.

Warga emas meninggal atas bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Seorang warga emas ditemui tidak bernyawa di atas bumbung rumahnya di Felda Pasak petang tadi.

Mangsa, Yam Ramin, 80, dipercayai pengsan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan ketika melihat bumbung rumahnya yang baru dibaiki.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 3.44 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang berlaku di Jalan Bunga Cempaka Felda Pasak.

“Ketika tiba di lokasi kejadian pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati mangsa telah pengsan di atas bumbung difahamkan mangsa ingin melihat keadaan bumbung tersebut selepas dibaiki.

“Mangsa telah disedari pengsan oleh jirannya yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

“PKO bertindak menurunkan mangsa menggunakan sistem tali dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi ditamatkan pada pukul 5.25 petang selepas memastikan keadaan selamat.-K! ONLINE.

 

POPULAR