fbpx

[VIDEO] Penduduk cemas bonet kereta Hyundai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta Flat Bukit Gedung, Bayan Baru di George Town berasap secara tiba-tiba hari ini.

GEORGE TOWN – Penduduk di flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini cemas apabila sebuah kereta jenis Hyundai yang diletakkan di tempat meletak kereta berdekatan Blok 16 berasap sebelum terbakar hari ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4.15 petang itu disedari salah seorang penduduk yang melalui kawasan tersebut sebelum memaklumkan kepada penghuni yang tinggal berhampiran.

Penduduk, Hasrun Hisham Noorani, 42, berkata, dia terkejut melihat kepulan asap yang keluar dari bahagian bonet kereta berwarna putih tersebut.

“Saya sempat merakam gambar serta video semasa kereta itu berasap dan terbakar untuk dikongsi di dalam kumpulan WhatsApp komuniti sebelum sebarang kejadian tidak dingin berlaku.

“Tindakan itu juga bertujuan mengesan pemilik kereta termasuk kenderaan yang diletakkan berdekatan dengannya. Semasa kejadian pemilik kereta tiada di lokasi kejadian.

“Penduduk segera menghubungi bomba untuk memadam api,” katanya yang memberitahu operasi memadam api selesai dalam masa kurang lima minit.

Difahamkan, kebakaran itu hanya melibatkan bahagian bonet kereta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI