fbpx

[VIDEO] Pandu lawan arus, Perodua Axia nyaris bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi sebuah Perodua Axia yang dipandu secara melawan arus di sebuah kawasan di Alam Perdana, Puncak Alam, Kuala Selangor petang tadi.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu secara melawan arus nyaris menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.

Walaupun sempat mengelak, namun tindakan itu nyata mengundang kemarahan pemandu lain yang melalui kawasan tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut dirakam di sebuah kawasan di Alam Perdana, Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini sekitar pukul 3 petang tadi.

Menerusi klip video yang dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuah kenderaan itu, kelihatan Perodua Axia berwarna perak telah memasuki laluan bertentang berdekatan sebuah simpang.

Namun, kereta yang merakam aksi pemandu itu sempat mengelak Perodua Axia terbabit daripada bertembung.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan pemandu tersebut yang telah membahayakan pemandu lain.

“Dah terang-terang masuk lorong salah, sepatutnya pusinglah, nasib baik sempat elak bahaya betul,” kata Rahman Abdul.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Putera.

“Bawa pergi JPJ buat laporan, bahayakan nyawa orang dah ni,” tulisnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI