fbpx

KL tamat penantian bergelar juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SYAZA (dua dari kanan) muncul wira KL apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Pahang pada aksi final di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita Kuala Lumpur (KL) berjaya menamatkan penantian dua tahun untuk kembali merampas kejuaraan Piala Tun Abdul Razak untuk kategori wanita musim ini.

Kejayaan itu hadir selepas KL menewaskan juara bertahan, Pahang 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Ketua jurulatih KL, A. Kannagi berbangga dengan kejayaan anak-anak buahnya yang terpaksa bersabar sehingga suku masa keempat untuk merobohkan benteng pertahanan Pahang menerusi gol padang Nur Syaza Afiqah Safawi pada minit ke-53.

“Pahang adalah juara bertahan dan sangat sukar untuk memecahkan benteng mereka. Kami ada banyak peluang tetapi ia tidak disudahkan dengan baik.

“Kelebihan ada pada kedua-dua pasukan tetapi pemain saya mengambil peluang untuk menjaringkan gol,” katanya selepas tamat perlawanan tadi.

Sebagai rekod, KL mula menjuarai saingan Piala Tun Abdul Razak pada edisi 2018 selepas menumpaskan Selangor 2-1.

Kejayaan kali ini berjaya mengubati kekecewaan KL yang sekadar menamatkan saingan tahun lalu pada tempat ketiga di belakang Pahang dan Selangor.

Tempat ketiga edisi 2021 menjadi milik Pulau Pinang selepas menewaskan Melaka 2-1 hasil gol-gol daripada Nur Aisyah Nasir dan Siti Nur Arfah Mohd. Nor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI