fbpx

Dikecam lagi, Janna Nick terkangkang pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Janna Nick untuk satu kempen promosi sebuah produk terkemuka yang dianggap tidak senonoh, sekali gus mengundang kecaman hebat netizen.

BARU sahaja genggam trofi anugerah Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) minggu lalu, Diva ingatkan pelakon Janna Nick dah berubah.

Tetapi rupa-rupanya? Malas Diva nak cakap lebih-lebih, sebab nanti orang kata mulut Diva macam mulut tempayan.

Baru-baru ini Janna ada memuat naik foto dengan aksi terkangkang dalam Instagram untuk satu kempen promosi produk.

Tapi gaya ‘terkangkang’ Janna nampak kurang manislah. Netizen pun apa lagi, tunggu peluang sahaja nak melancarkan serangan bertubi-tubi.

Maka dalam ruangan komen, berpusu-pusu netizen meninggalkan komen kecaman dan sindiran untuknya.

Bahkan, netizen juga menasihati Janna supaya menunjukkan sikap dan perangai yang lebih sopan. Bukan apa, sebab netizen kasihan kepada ibunya yang mengakui terguris hati apabila Janna sering dikecam dengan kata-kata kesat.

Harap-harap, Janna fikirlah semula baik buruk sesuatu tindakan itu. Nanti bila orang kecam, diri sendiri juga yang sakit hati.

DIVA: Semakin besar perut Neelofa. Agak-agak dah berapa bulan hamil?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI