fbpx

4G seluruh negara 2025, 5G lancar Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (tengah) melancarkan Program pemerkasaan Pendigitalan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan 2021 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyasarkan seluruh negara termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman akan menerima capaian internet 4G menjelang 2025.

Beliau berkata, pada masa ini 94 peratus kawasan telah mendapat liputan 4G dan usaha giat dilakukan bagi meningkatkan capaian internet yang dijangka mencapai 96.6 peratus menjelang 2022.

“Kawasan terlalu jauh pedalaman yang langsung tidak ada (capaian internet) kita sasarkan sehingga akhir tahun 2025 baru capai.

“Jadi menjelang 2025 sebanyak sembilan juta premis diliputi pencapaian internet, bermakna setiap rumah dapat capaian internet,”katanya pada

Program Pemerkasaan Pendigitalan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan 2021 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Turut hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Seri Noh Omar.

Menurut Ismail Sabri dalam era digital ini kerajaan memberikan perhatian dalam memastikan setiap kawasan khususnya yang berpenduduk di seluruh negara mendapat capaian internet.

Katanya, untuk tujuan itu sebanyak RM28 bilion diperuntukkan mulai September 2020 bagi melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

“Di Bera sebelum Jendela, 70 peratus capaian internet dan selepas Jendela dilancar pada September 2020 capaian internet adalah 90.4 peratus dan kita jangka pada 2025 setiap kampung di Bera termasuk kampung Orang Asli jauh di pedalaman mendapat 100 peratus capaian internet,”katanya.

Sementara itu mengulas mengenai capaian internet 5G beliau memberitahu ia akan dilancarkan pada Disember depan melibatkan Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Katanya, sebanyak 80 peratus kawasan di seluruh negara disasarkan mendapat capaian internet 5G menjelang 2026. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI