fbpx

Terpaksa berhenti kerja demi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Azlina memujuk anaknya, Nur Quratul Umairah yang menghidap penyakit Celebral Palsy di Kampung Kepang, Machang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang ibu tunggal merayu orang ramai menghulurkan sumbangan untuk menampung kos menguruskan keperluan anak perempuannya yang menghidap penyakit Cerebral Palsy sejak lahir.

Siti Azlina Yasin, 27, berkata, doktor mengesahkan otak anaknya, Nur Quratul Umairah Baharisyam, 7, rosak hingga me­ngakibatkannya sukar mengawal postur, pergerakan dan mengimbangkan diri.

Katanya, anaknya yang dilahirkan pramatang juga dika­tegorikan sebagai orang kelainan upaya sejak lahir.

“Kecacatan anak saya dikesan sebaik sahaja dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambahnya, anaknya telah menjalani pembedahan bagi membuang tulang pinggul tiga bulan lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia kerana berisiko untuk dijangkiti kuman dan mungkin mengakibatkan kanser tulang.

Menurut Siti Azlina, anaknya disimen daripada bahagian pinggang hingga ke betis selain perlu menggunakan alat bantuan bagi menampung posisi kakinya. Balu­tan simen itu telah dibuka pada 10 November lalu.

“Saya terpaksa berhenti kerja lima bulan lalu untuk menjaga anak yang memerlukan perhatian dan penjagaan sepenuhnya hingga mengakibatkan kesemua wang simpanan saya habis digunakan,” katanya.

Ujar Siti Azlina, dia kini menetap di rumah ibu bapanya di Kampung Kepang, Machang, Kelantan. Ibu dan bapanya pula tidak dapat keluar menoreh getah ekoran cuaca yang kurang baik sejak tiga minggu lalu.

“Saya juga kerap meminjam wang daripada ahli keluarga lain untuk menampung perbelanjaan termasuk kos perubatan dan barangan keperluan anak ketika ini,” katanya yang turut mene­rima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500.

“Saya amat berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami sekeluarga terutamanya bantuan susu, lampin pakai buang dan keperluan ubat-ubatan anak,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Azlina di talian 011-2300 4301 atau menderma menerusi akaun CIMB Bank miliknya 7633-1776-79.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI