fbpx

Tahanan polis mati mengejut semasa disoal siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mengesahkan seorang tahanan polis meninggal dunia semasa proses rakaman percakapan dan dokumentasi dijalankan, Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lelaki berusia 23 tahun itu sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kes curi kenderaan.

Menurutnya, semasa siasatan dijalankan di Pejabat Cawangan Bantuan Teknikal Jabatan Siasatan Jenayah, IPK kira-kira pukul 2.30 petang, suspek dilihat berada dalam keadaan bergetar dan mulut berbuih.

“Pegawai dan anggota polis telah bertindak segera dengan membawa mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk merawat dan menyelamatkan mangsa yang berada dalam keadaan menggigil selain tidak sedarkan diri.

“Pegawai perubatan telah memberi bantuan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di hospital. Pakar Forensik Patalogi HRPZ II telah menjalankan bedah siasat pada hari yang sama, namun tidak dapat mengesahkan punca sebenar kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafien, pakar forensik hanya memutuskan keputusan awal punca kematian mangsa sebagai tidak dapat dipastikan atau ‘Unascertained’.

Ujarnya, punca kematian selanjutnya akan bergantung kepada laporan analisa dan ujian makmal yang akan dilakukan oleh pihak patalogi.

“Sehubungan dengan itu, satu kertas siasatan telah dibuka untuk menyiasat kejadian itu dan IPK Kelantan akan menjalankan siasatan secara telus.

“Polis percaya laporan analisa dan ujian makmal HRPZ II akan membantu siasatan untuk memutuskan punca sebenar kematian mangsa,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI