fbpx

PRN Melaka: BN dakwa 70 peratus pengundi putih telah mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa hampir 70 peratus pengundi putih penyokongnya telah keluar mengundi di 20 Dewan Undangan Negeri (DUN) tumpuan setakat pukul 2 petang tadi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau berterima kasih kepada jentera BN yang bekerja kuat memastikan semua pengundi BN keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

“Alhamdulillah setakat pukul 2 petang tadi sudah hampir 70 peratus pengundi putih penyokong BN telah keluar mengundi di 20 DUN tumpuan.

“Terima kasih kepada jentera BN tempatan dengan bantuan jentera angkat daripada negeri-negeri luar yang kerja kuat memastikan semua pengundi-pengundi BN keluar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Beberapa pimpinan BN sepanjang kempen PRN Melaka berlangsung menjangkakan gabungan parti politik itu mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI