fbpx

Neitzel terpaksa tinggalkan Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEICHTENBEINER (kanan) bakal mengambil alih untuk mengemudi Selangor FC musim depan.

JODOH Karsten Neitzel bersama Selangor hanya bertahan semusim selepas posisinya di skuad utama digantikan oleh Pengarah Sukan Kelab, Michael Feichtenbeiner.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, kebolehan Michael ketika menggalas tugas selaku jurulatih sementara musim lalu menjadi sebab kepada pelantikannya.

“Perlaksanaan dengan mengetengahkan pemain muda yang boleh bekerjasama dengan pemain senior dan peralihan pantas di antara menyerang dan bertahan adalah selari dengan visi kami untuk melahirkan sebuah pasukan yang mampu menjuarai saingan di masa hadapan.

Michael yang memulakan karier sebagai jurulatih di skuad remaja VfB Stuggart nyata memiliki pengalaman luas termasuk beberapa kelab di Jerman dan Switzerland malah pernah berkhidmat di Malaysia bersama MPPJ pada 2005 hingga 2006.

Pada Disember 2019, Michael kembali ke Malaysia dan menyertai Red Giants sebagai Pengarah Sukan dan bertanggungjawab melatih Selangor II. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI