fbpx
PARA penyokong menyerbu masuk ke padang untuk meraikan kejayaan KL City FC melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor FC 3-0 secara agregat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin. – SHIDDIEQIIN ZON

Insiden penyokong masuk padang diserahkan kepada MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD

PENGURUSAN KL City FC menye­rahkan sepenuhnya serta bekerjasama dengan Malaysia Football League (MFL) bagi menyiasat insiden penyokong menyerbu masuk ke padang sejurus aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal dengan kejadian berkenaan.

“KL City sedang bekerjasama dengan MFL untuk menyiasat kejadian itu. Jadi, kelab tidak akan membuat kenyataan, namun kami nyata tidak menyokong apa juga tindakan seperti itu,” kata­nya ketika dihubungi semalam.

KL City mengesahkan mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor 3-0 secara agregat, menang 2-0 pada aksi pertama dan 1-0 pada aksi timbal balik kelmarin.

Bagaimanapun, keghairahan para penyokong yang menyerbu masuk ke padang beramai-ramai dan menghampiri pemain ketika meraikan kejayaan KL City sedikit mencetuskan masalah buat skuad Warga Kota yang berkemungkinan akan dikenakan tindakan oleh MFL.

Kejadian itu juga menimbulkan kerisauan peminat dan ada yang meluahkan kebimbangan berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan pemain.

Sebagai rekod, penganjuran Liga Malaysia termasuk sai­ngan Piala Malaysia masih tertakluk dengan prosedur operasi stan­dard (SOP) yang ketat memandangkan pandemik Covid-19 di negara ini masih belum reda.

POPULAR

BERITA BERKAITAN