fbpx

Messi, Iniesta pulang kembali ke Camp Nou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) dan Initesta menjadi watak penting ketika Barcelona mengecapi zaman kegemilangan pasukan itu. – AFP

BARCELONA – Presiden Barcelona, Joan Laporta tidak menolak kemungkinan untuk membawa pulang Lionel Messi dan Andres Iniesta ke Camp Nou selepas mendapatkan khidmat Dani Alves.

Alves, 38, kembali ke pangkuan Barcelona selepas meninggalkan pasukan itu pada 2016 dan sudah pun menjalani latihan bersama rakan sepasukan biarpun perlu menunggu hingga Januari untuk didaftarkan.

Justeru, Laporta juga percaya, pasukan itu masih memiliki peluang untuk membawa pulang Messi yang kini beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG) serta Iniesta yang menyarung jersi kelab Jepun, Vissel Kobe.

“Saya tidak tolak kemungkinan tersebut. Ia sudah berlaku dengan Dani Alves yang faham dengan situasi pasukan serta mahu membantu. Kami bersyu­kur kerana dia sanggup berkorban demi pasukan.

“Leo (Messi) dan Andres (Iniesta) adalah dua pemain yang hebat tetapi saya tidak boleh ramal mengenai masa depan. Mereka masih ada kontrak dengan pasukan lain, jadi kami hormatinya,” katanya.

Sementara itu, Alves juga berseloroh dia sedia untuk ­menghubungi Messi dan memujuknya kembali ke Camp Nou memandangkan Xavi Hernandez sudah dilantik sebagai jurulatih baharu.

“Berikan saya tempoh ­beberapa jam, saya akan pergi dan cari dia (Messi) untuk dibawa pulang.

“Leo pemain terbaik pernah saya lihat, sudah tentu anda mahukan yang terbaik bermain bersama dalam satu pasukan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI