fbpx

Perodua Kancil dipandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah video tular memaparkan sebuah kereta Perodua Kancil dipandu melawan arus di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah kereta jenis Perodua Kancil dikesan dipandu secara melawan arus berhampiran kawasan Plaza Tol Juru di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Bukit Mertajam di sini menerusi satu video yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.17 pagi semalam.

Katanya, rakaman video berdurasi tiga minit itu ditularkan menerusi satu laman sosial Facebook kira-kira pukul 9.05 pagi tadi.

“Rakaman itu menunjukkan kereta tersebut dipandu secara melawan arus bermula pada minit pertama.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan pemandu kereta tersebut dan polis memohon pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang awam boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ami Syuqri di talian 013-4194072 atau 04-5382222 bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI