fbpx

Nora, Yayasan Sofa mantapkan institusi tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Noraafiza Ariffin, bersama dengan Yang Di-Pertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Mohd Hanif Hamid, melancarkan Projek Pencarian 50,000 Pencinta Rasul selepas Majlis MOU, hari ini.-FOTO : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa) berkolaborasi dengan selebriti terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin bagi menyokong usaha memartabatkan pembangunan institusi tahfiz di negara ini.

Yang Dipertua Yayasan Sofa, Ustaz Mohd. Hanif Hamid berkata, pemilihan Nora atau nama sebenarnya Wan Noraafiza Ariffin yang merupakan seorang selebriti dikenali itu begitu sinonim dengan yayasan selain membawa imej muslimah dan aktif menghasilkan lagu-lagu berunsur Islamik.

“Kriteria Datuk Nora sendiri yang mempunyai sifat keibuan serta mempunyai pengalaman sendiri menghantar anak di pusat tahfiz menguatkan lagi kerjasama ini.

“Selain itu, dari segi pengikutnya cenderung ke arah keagamaan, beliau juga dilihat lebih banyak menerbitkan lagu ketuhanan termasuk rancangan animasi berjudul ‘Ummi’ yang banyak dinyanyikan oleh anak-anak terutama di tadika,” katanya selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Yayasan Sofa dan Datuk Nora di sini hari ini.

Sementara itu, Nora berkata, kerjasama itu merupakan satu anjakan paradigma kepada dirinya untuk berhijrah ke arah lebih baik selain memperbaiki diri. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI