fbpx

Langgan segera Pakej Remaja, Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) menyeru kepada pelajar, remaja dan mereka yang tidak berkemampuan untuk melanggan dua pakej peranti dilancarkan kerajaan baru-baru ini.

MCMC menerusi satu kenyataan berkata, dua pakej berkenaan termasuk Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Menurutnya, kedua-dua pakej tersebut adalah inisiatif kerajaan dan amat berguna dalam membantu golongan pelajar, remaja serta mereka yang kurang berkemampuan memperoleh akses internet selain memiliki peranti pintar mampu milik.

“Bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia, ia adalah pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.

“Dengan hanya RM10 sebulan (dibayar untuk tiga bulan (RM30), mereka boleh memperoleh data 20GB untuk tempoh tiga bulan.

“Selain itu, turut diberikan ialah data 1GB (jumlah 90GB) percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari dan Internet asas tanpa had,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI