fbpx

Gol tunggal Arif Aiman buat Lang Merah menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arif Aiman berjaya menjaringkan gol tunggal JDT pada perlawanan menentang KDA FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd. Hanapi muncul wira pasukan setelah jaringan tunggalnya memastikan penyandang juara Piala Malaysia mara ke pusingan separuh akhir menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 pada aksi suku akhir kedua, malam tadi.

Beraksi di laman sendiri, JDT terus memberi tekanan kepada pasukan lawan dalam membawa misi memburu gol awal bagi memberikan kelebihan buat pasukan.

Peluang pertama hadir pada minit ketiga menerusi sepakan sepakan bebas Leandro Velazquez namun hantarannya itu gagal disambut oleh Mauricio Dos Santos dan Guilherme De Paula.

Pada minit kesembilan, gerakan yang diilhamkan Arif Aiman mencari Nazmi Faiz Mansor sebelum melorongkan bola kepada De Paula namun rembatan pemain naturalisasi itu jauh meliar.

Pertahanan ampuh skuad Lang Merah menyaksikan tidak banyak aksi menarik dapat diperkatakan dalam 30 minit pertama biarpun JDT mendominasi permainan tersebut.

Lima minit sebelum tamat separuh masa pertama, JDT akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan menerusi jaringan Arif Aiman menewaskan Shahril pada minit ke-40 setelah mendapat umpanan cantik Leandro.

De Paula hampir menambah jaringan buat juara bertahan Piala Malaysia itu namun percubaannya dari jarak dekat dinafikan oleh Shahril dengan menguis keluar percubaan berbahaya itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI