fbpx

Argentina sudah sahkan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kanan) yang diturunkan menentang Brazil gagal memberikan impak yang besar ketika kedua-dua pasukan sekadar terikat tanpa jaringan pagi semalam. – AFP

SAN JUAN – Argentina berjaya mengesahkan tempat ke pusi­ngan akhir Piala Dunia 2022 ­biarpun sekadar terikat tanpa ja­ringan menentang seteru tradisi mereka, Brazil di Estadio San Juan del Bicentenario pagi semalam.

Skuad kendalian Lionel Scaloni itu nyata bernasib baik kerana keputusan beberapa perlawanan melibatkan pasukan pencabar lain menyaksikan mereka berjaya mempertahankan kedudukan kedua pada saingan zon Amerika Selatan itu sekali gus layak ke Qatar tahun hadapan.

Ketika ini, Brazil sudah pun menempah slot ke Qatar apabila mengutip 35 mata, manakala 29 mata yang dikumpul Argentina sudah memadai untuk mereka turut layak selain memiliki ke­lebihan enam mata berbanding pasukan tempat ketiga, Ecuador.

Empat pasukan teratas akan layak automatik, manakala pasukan tangga kelima akan bermain dalam playoff.

Secara matematiknya, berbaki empat perlawanan sahaja lagi, Argentina mampu berada dalam kelompok empat pasukan yang bakal layak secara automatik apabila memiliki mata yang tidak lagi boleh dicabar
oleh pasukan di kedudukan kelima ketika ini.

Keputusan seri tanpa jaringan itu juga menyaksikan Argentina kini mengharungi 27 perlawanan tanpa kalah.

Kapten Argentina, Lionel Messi yang kembali cergas diturunkan buat kali pertama sejak Oktober lalu, namun gagal memberikan impak yang besar ketika penjaga gol Brazil, Alisson Becker tampil aksi cemerlang.

“Saya sudah berikan segala-galanya. Ia perlawanan yang berintensiti tinggi selepas saya lama tidak bermain kerana cedera. Bukan sesuatu yang senang untuk bermain dalam perlawanan yang menuntut rentak seperti ini.

“Kami juga tahu ini yang akan berlaku, perlawanan yang sukar untuk kami beraksi dengan baik tetapi gembira kerana sudah mengesahkan kemaraan ke pu­singan akhir Piala Dunia di Qatar tahun depan,” kata Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI