fbpx

Air Sungai Golok melepasi paras amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba Balai Rantau Panjang meninjau paras air Sungai Golok yang mula melepasi tahap amaran pada hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

RANTAU PANJANG – Keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan air Sungai Golok sudah melepasi paras amaran.

Menurut laman web infobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand itu setakat pukul 1.30 petang tadi berada pada paras amaran dengan ketinggian 8.74 meter berbanding normal iaitu 5 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya sudah mula melakukan rondaan bagi memantau paras terkini air Sungai Golok.

“Kita turut memberikan nasihat dan ingatan supaya penduduk segera membuat persiapan menghadapi banjir ekoran cuaca tidak menentu ketika ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI