fbpx

Lapan kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Lapan lagi kluster baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 247 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu mencatatkan sebanyak 6,288 kes termasuk 22 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,563,153 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 125 kes atau 2.0 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,163 kes atau 98.0 peratus adalah kategori satu dan dua.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 4,743 kes, menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,466,523 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 536 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 251 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI