fbpx

[KEMASKINI] Seorang terbunuh, pesawat Hawk 108 TUDM terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang terbunuh selepas pesawat Hawk 108 yang dikhuatiri terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini sebentar tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

“Baru terima panggilan daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi.

“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera,” katanya.

Hishamuddin yang turut melahirkan rasa dukacita atas insiden berkenaan telah mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan TUDM berhubung insiden berkenaan.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

“Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. Kementerian Pertahanan juga telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI