fbpx

Santuni anak yatim bagi tidak rasa terpinggir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMIR (tengah) menyertai aktiviti susun atur di rumah anak yatim Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan di Kuala Pilah baru-baru ini.

 

USAHA mengukuhkan komitmen terhadap masyarakat terus digembleng syarikat-syarikat pelbagai sektor melalui aneka inisiatif dalam memenuhi tanggungjawab sosial mereka.

Restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia merupakan antara syarikat di negara ini yang aktif melaksanakan program-program kemasyarakatan.

Sempena kempen Bulan Komuniti Kanak-kanak yang dianjurkan McDonald’s pada Oktober lalu, syarikat itu bersama Ronald McDonald’s House Charities (RMHC) komited membantu masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan tumpuan khusus terhadap golongan kanak-kanak.

McDonald’s dan RMHC baru-baru ini telah menyumbangkan tilam dan bantal baharu kepada 25 rumah anak yatim demi memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang tinggal di sana.

Dalam usaha memberi keceriaan kepada 12,000 kanak-kanak yang terlibat, kru McDonald’s dari 300 restoran turut menganjurkan parti sambutan hari jadi di 400 buah rumah anak yatim di seluruh Malaysia.

Dalam suasana pandemik ketika ini, McDonald’s berhasrat memberi sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya kanak-kanak.

Untuk Bulan Komuniti Kanak-Kanak tahun ini, sehingga kini, McDonald’s Malaysia telah membelanjakan RM350,000 untuk aktiviti susun atur rumah dan parti sambutan hari jadi di rumah anak-anak yatim seluruh Malaysia.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, syarikat itu berhasrat untuk memberikan suntikan inspirasi kepada kanak-kanak tersebut.

“McDonald’s sentiasa komited memastikan kesejahteraan masyarakat di sekitar lokasi operasi kami dan kami ingin menjadi ‘jiran’ yang prihatin kepada mereka yang memerlukan.Dengan keadaan rumah yang lebih baik, kami berharap dapat memberikan persekitaran selesa dan selamat untuk perkembangan kanak-kanak ini.

“Kami berhasrat memberi inspirasi kepada kanak-kanak dengan membolehkan mereka membesar menjadi individu yang mempunyai cita-cita dan aspirasi, pada masa sama memupuk semangat hidup bermasyarakat yang saling membantu antara satu sama lain,” kata Azmir dalam satu kenyataan akhbar.

SEMPENA Bulan Komuniti Kanak-Kanak, McDonald’s di seluruh negara melaksanakan pelbagai program mendekati kanak-kanak.

Azmir bersama kakitangan dan kru McDonald’s Malaysia baru-baru ini berganding bahu menjalankan aktiviti susun atur rumah di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, salah sebuah daripada 25 rumah anak yatim terpilih untuk kempen ini.

Aktiviti susun atur rumah turut dimeriahkan dengan parti sambutan hari jadi untuk kanak-kanak rumah itu.

Sejak tahun 2017, restoran makanan segera ini telah memulakan inisiatif Bulan Komuniti Kanak-Kanak setiap Oktober, di mana semua restoran McDonald’s mendekati kanak-kanak kurang bernasib baik melalui pelbagai inisiatif seperti rombongan belajar, lawatan ke wad hospital dan lain-lain.

Setiap tahun, dianggarkan 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah program Komuniti @McD & RMHC untuk membantu golongan memerlukan di seluruh negara.

“Selain menjamin kesejahteraan masyarakat, kami mahu mewujudkan sebanyak mungkin impak positif dan terus memberi keceriaan kepada seramai mungkin anggota masyarakat. Matlamat kami adalah untuk membolehkan golongan yang memerlukan tidak berasa terpinggir dan mereka tahu ada yang sudi meringankan beban mereka.

“Pokoknya, McDonald’s mahu menjadi tiang sokongan untuk masyarakat setempat,” kata Azmir.
McDonald’s dan RMHC juga secara aktif telah melaksanakan sumbangan pek Kembali ke Sekolah kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan. Dengan menekankan kepentingan pendidikan, kini hampir RM9 juta telah dibelanjakan untuk pek Kembali ke Sekolah dan diagihkan kepada lebih 95,000 kanak-kanak di seluruh negara.

Tekad syarikat tersebut adalah untuk mendekati lebih banyak golongan demi kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI