fbpx

Penjenamaan baharu Aafiyat Group

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aidil Azwal (kanan) pada majlis pelancaran ibu pejabat baharu Aafiat Group di Alor Setar semalam.

PETALING JAYA – Aafiyat Group, kumpulan berteraskan kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan holistik, telah memuktamadkan proses penstrukturan organisasi korporatnya dan juga penjenamaan semula identiti korporat baharu sebagai jenama induk kumpulan syarikat ber­kenaan.

Presiden Kumpulan, Aidil Azwal Zainudin berkata, pelancaran penjenamaan semula identiti korporat baharu Aafiyat itu menandakan satu lagi kejayaan yang dicapai setelah sedekad bertapak di pasaran.

Menurut beliau, penstrukturan baharu ini memaparkan struktur korporat yang kompleks tetapi teguh dengan Aafiyat Holdings Sdn. Bhd. sebagai syarikat induk.

Selain itu, OHR Marketing Sdn. Bhd., Aafiyat Synergy Sdn. Bhd., Aafiyat Digital Sdn. Bhd., Aafiyat Store Sdn. Bhd., Dulce Media Sdn. Bhd. dan Dua Karisma Sdn. Bhd. adalah anak syarikat Kumpulan.

“Pada asalnya kami bermula hanya dengan jualan produk minyak zaitun secara kecil-kecilan dari satu pintu rumah ke satu pintu rumah lain.

“Tetapi kini me­lalui, jenama induk baharu Aafiyat, ia telah membawa makna baharu yang menunjukkan bahawa kami sudah mencapai satu titik kejayaan baharu dalam perniagaan.

“Kami kini bergerak ke arah mengukuhkan identiti yang akan menjadi teras bagi perwakilan perniagaan di pasaran serantau dan juga di peringkat global,” katanya dalam kenyataan.

Aidil Azwal menjelaskan, jenama Aafiyat adalah lambang kepada kumpulan usahawan dinamik yang berusaha untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat melalui gaya hidup holistik berdasarkan nilai dari Al-Quran dan dijelaskan oleh sains.

“Konsep tersebut dizahirkan dengan misi yang diterajui oleh anak-anak syarikat Aafiyat Group seperti Olive House dan Aafiyat Synergy dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dengan menerapkan budaya pengambilan makanan semulajadi dan organik yangberkualiti tinggi serta terbukti secara saintifik,” tambahnya.

Selain itu, seiring kejayaan tersebut, Kumpulan turut me­rasmikan ibu pejabat korporat terbaharunya di Kompleks Perniagaan Ampang di Alor Setar, Kedah.

Kompleks tersebut menempatkan 15 jabatan lain seperti kewangan, sumber manusia, pemasaran dan perhubungan korporat.

Ibu pejabat lama di Taman Bandar Baru Mergong masih kekal beroperasi sebagai gudang utama dan juga menempatkan jabatan operasi.

“Saya yakin, ibu pejabat baharu ini akan memberikan suasana kerja yang lebih kondusif dan akhirnya menyumbang kepada kesejahteraan kakitangan, rakan niaga dan pelanggan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI