fbpx

Pelanggan cakap Mandarin selepas cuba ditipu tauke kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar oleh seorang wanita mendakwa berkongsi tentang pekerja di kedai berkenaan cuba menipunya dengan menjual barangan yang salah untuk kucingnya.

PETALING JAYA – Tular sebuah video mengenai seorang wanita mendakwa peniaga cuba menipunya dengan menjual barangan yang salah untuk kucingnya yang baru sahaja selepas menjalani pembedahan.

Menerusi perkongsian video oleh wanita itu di laman aplikasi TikTok, dia berkongsi perbualannya bersama seorang pekerja di dalam sebuah kedai barangan haiwan.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 27 saat yang dikongsinya di TikTok, wanita itu bertemu dengan seorang pekerja di dalam kedai berkenaan lalu menanyakan beberapa soalan mengenai cat litter jenis ‘pasir’ yang ingin dibelinya.

Pekerja tersebut kemudian menanyakan semula soalan yang ditanya pelanggan itu kepada tauke kedai dalam bahasa Mandarin kononnya wanita itu tidak memahami apa yang diperkatakan oleh mereka.

Pemilik kedai terbabit kemudian memberitahu, produk yang diinginkan pelanggan itu tiada dan menyuruh mangsa mengambil barangan salah yang disangka mereka wanita itu tidak tahu.

Bagaimanapun, wanita itu bertindak membalas semula kata-kata daripada individu tersebut dengan bahasa Mandarin sehingga menyebabkan pekerja dan peniaga di sana meminta maaf.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memuji wanit tersebut yang mampu bercakap bahasa lain dan ada juga mengecam tindakan peniaga itu yang tidak bersikap jujur.

“Ramai orang cakap, ini masanya untuk belajar bahasa Mandarin. Apa kata kita tukar kepada ini masanya untuk berlaku jujur kepada pelanggan, di sinilah isu utama yang patut dibahaskan,” kata @Hellohilmi37.

“Di zaman sekarang perkara ini sangat penting untuk generasi muda belajar bahasa Mandarin atau Tamil supaya senang untuk berkomunikasi,” ujar @Nieshhamidon.

“Isu utama bukan tentang bahasa tetapi yang paling penting soal kejujuran dalam perniagaan tanpa memilih agama,bangsa atau personaliti individu tersebut,” jelas @Zalimhamlim.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih satu juta tontonan dan 180,900 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI