fbpx

Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran daripada laman Instagram @adidassg

PETALING JAYA – Gara-gara koleksi kasut Adidas terbaharu, syarikat barangan sukan itu dikecam hebat oleh pengguna laman sosial di Indonesia kerana menyatakan bahawa wayang kulit berasal dari negara terbabit.

Kekecohan itu timbul selepas satu hantaran di laman Instagram Adidas Singapura (adidassg) enam hari lalu yang telah melancarkan model terkini kasut mereka – UltraBOOST SEA DNA CITY PACK dengan menggunakan tema wayang kulit sebagai motif utama rekaan kasut terbabit.

Apa yang membuatkan pengguna laman sosial dari negara jiran itu bengang adalah apabila adidassg menyatakan bahawa wayang kulit berasal dari Malaysia pada hantaran asalnya itu.

Susulan hantaran itu, pengguna laman Instagram telah ‘menyerang’ pada ruangan komen hantaran tersebut dengan menyatakan bahawa wayang kulit berasal dari negara terbabit.

“Wayang kulit is ‘Indonesian Culture’,” tulis Olyviamarselli pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna laman sosial dikenali sebagai ammidsy.

“Wayang kulit berasal dari Jawa, ia bukan budaya dari Malaysia. Berhenti mencuri budaya kami, awak (Adidas) perlu cari maklumat tepat sebelum berkongsi sesuatu,” tegasnya.

Selepas teruk dikecam peminat mereka dari Indonesia, akhirnya @adidassg telah menukar kembali hantaran di laman Instagram mereka dengan menyatakan bahawa wayang kulit berasal dari Indonesia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI