fbpx

LTSAAS tidak akan dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, hak dan operasi lapangan terbang tersebut masih seperti yang diperuntukan dalam perjanjian pajakan sebelum ini.

“Setakat ini kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian LTSAAS kepada entiti perniagaan swasta lain.

“Hak dan pengopersian lapangan terbang itu kekal seperti mana yang telah diperuntukan di bawah perjanjian pajakan yang diberikan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) termasuk mengendali, mengurus, menyelenggara, menetap dan mengguna lapangan terbang itu sehingga 2034 melalui Operating Agreement dan sehingga 2067 melalui Lease Agreement,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, MAHB juga bertanggungjawab untuk membangunkan lapangan terbang itu sebagai hub aeroangkasa antarabangsa seperti mana diputuskan Jemaah Menteri pada 2005. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI