fbpx

RUU Anti Gangguan Seksual akan dibaca kali pertama di Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah

PETALING JAYA – Pembentangan draf Rang Undang-Undang Anti Gangguan Seksual (RUU AGS) akan dibacakan buat kali pertama semasa Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat sebelum 16 Disember ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff semasa sesi jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu tertakluk kepada kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara dan juga persetujuan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Proses semakan RUU adalah satu proses yang perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan RUU ini benar-benar mampu menangani kelompangan perundangan sedia ada dan isu-isu pelaksanaan yang akan timbul.

“Pada masa ini, kes-kes gangguan seksual ditangani melalui akta dan peraturan lain antaranya, Kanun Keseksaan [Akta 574]; Akta Kerja 1995 [Akta 265]; Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792],” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Noorita Sual (PH – Tenom) yang meminta KPWKM menyatakan komitmen kerajaan dalam memperkenalkan Akta Gangguan Seksual dan apakah garis masa Akta tersebut akan dibentangkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI