fbpx

Jeon So-min rampas cinta suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEON SO-MIN

SEMUA orang tahu tentang perwatakan sebenar pelakon Jeon So-min yang sangat ceria dan ‘gila-gila’ menerusi program popular Running Man.

Barangkali ada juga yang semakin terlupa bahawa sebelum bergelar anggota program tersebut, dia sebenarnya seorang pelakon yang berbakat.

Melakukan transformasi mengejut, So-min mencabar diri dengan membawakan watak seorang wanita perampas dan bersikap provokatif dalam sebuah drama baharu lakonannya, Show Window: The Queen’s House.

Drama tersebut menyorot kisah seorang wanita yang menyokong golongan sejenis menjalin hubungan dengan suami orang.

Malangnya, tanpa diketahui, hubungan sulit yang disokong turut melibatkan suaminya sendiri.

Wanita itu, Han Sun-joo lakonan Song Yoon-ah, sementara So-min pula memegang watak sebagai Yoon Mi-ra di samping aktor Lee Sung-jae sebagai Shin Myung-seob.

Ketika ditebak dengan wataknya yang sangat jauh daripada karakter sebenar dirinya, So-min mengakui berasa tertekan dan gementar, namun berasa teruja.

“Ketika membaca sinopsis, saya terkejut dengan plot dan jalan ceritanya. Yoon Mi-ra ialah watak yang tak pernah saya jayakan sebelum ini.

“Mi-ra seorang yang kuat dan provokatif, tidak seperti saya. Transformasi mengejut dalam drama ini membuka peluang buat saya mencuba banyak hal baharu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI