fbpx

DSNN bakal posisikan Malaysia sebagai pembangun teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham Baba

PUTRAJAYA – Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara 2021-2030 (DSNN) yang dilancarkan hari ini khusus untuk mentransformasikan Malaysia daripada pengguna teknologi kepada pembangun teknologi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, DSNN juga selari dengan matlamat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi.

Beliau berkata, pelancaran DSNN juga mengetengahkan potensi nanoteknologi yang mampu menyelesaikan cabaran dihadapi negara.

“Ia termasuk masalah pencemaran alam sekitar, penjanaan tenaga boleh baharu, hasil pertanian dan keselamatan makanan serta pelbagai bidang keutamaan negara.

“Pandemik Covid-19 telah membuktikan bahawa perkembangan nanoteknologi dalam pembangunan vaksin Pfizer/BioNTech dengan mengaplikasikan lipid nanoparticles yang melindungi dan membawa mRNA ke tapak sasaran sel yang dikehendaki dalam badan manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan DSNN 2021-2030 secara maya hari ini.

Katanya, pelaksanaan DSNN akan memberi manfaat kepada pembentukan ekosistem nanoteknologi negara yang dinamik dan progresif, yang salah satu teras kepada pelaksanaan Polisi Revolusi Perindustrian (4IR) Kebangsaan.

Adham berkata, DSNN juga bakal menyediakan ekosistem nanoteknologi yang mampan bagi memastikan negara mampu terus berdaya saing.

Menurutnya, DSNN merangkumi empat Teras Strategik disokong oleh 15 strategi serta 32 inisiatif yang merentasi pelbagai sektor ekonomi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI