fbpx

Maybank Islamic HouzKEY untuk Chambers, Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambaran artis untuk pembangunan Chambers, Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Pembeli projek kediaman berbilang tingkat Chambers, Kuala Lumpur oleh Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) kini ditawarkan pembiayaan HouzKEY oleh Maybank Islamic.

Kemudahan tersebut menyediakan pembiayaan 100 peratus, kadar faedah di bawah paras tiga peratus dan tiada sebarang pembayaran pembiayaan sepanjang tempoh pembinaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts, Leong Jee Van berkata, Chambers merupakan apartmen perkhidmatan berstatus pegangan bebas, terdiri daripada 509 unit kediaman di tengah-tengah ibu kota, pada kedudukan hanya 200 meter dari stesen sistem transit aliran ringan (LRT) PWTC dan 350 meter dari Sunway Putra Mall.

Jelasnya, kira-kira 75 peratus daripada pembangunan tersebut telah siap dibina dengan penyerahan kepada pembeli dijangka pada suku ketiga tahun depan.

Leong Jee Van

“HouzKEY menyediakan pelan gadai janji alternatif yang disasarkan kepada pembeli rumah kali pertama, atau kali kedua.

“Skim ini ditawarkan untuk unit Type C Chambers, Kuala Lumpur yang berkeluasan 908 kaki persegi (84.3 meter persegi) dengan bayaran bulanan hanya RM1,810 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Jee Van, langkah kerajaan untuk memansuhkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) selepas tahun keenam dalam Bajet 2022 bakal merancakkan semula pasaran, manakala inisiatif Skim Jaminan Kredit Perumahan bersaiz RM2 bilion bagi pekerja industri gig dan peniaga kecil pula bakal membantu golongan tersebut membeli rumah pertama mereka.

“Perkembangan positif ini memberikan peluang terbaik untuk kami meluaskan penawaran kepada pembeli.

“Projek Matrix Concepts seterusnya di Lembah Klang adalah pembangunan kondomunium di Cheras yang bakal dilancarkan pada suku ketiga 2022, diikuti sebuah lagi kondominium di Puchong pada suku keempat, yang terletak berdekatan dengan stesen LRT Pusat Bandar Puchong,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI