fbpx

Lebih 86 juta undian, Janna Nick paling popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA Nick membawa pulang trofi kemenangan Bintang Paling Popular ABPBH34.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Janna Nick dinobat sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur malam tadi.

Meraih sebanyak 86,374,777 juta undian peminat secara atas talian, kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Janna berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta dan sebuah telefon bimbit tajaan Xiaomi.

Dalam acara tersebut, pemilik nama penuh Nurul Jannah Munir, 26, itu turut membawa pulang dua buah trofi iaitu Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Janna yang tidak dapat menahan sebak ketika menerima anugerah tersebut berkata, dia menganggap kemenangan pada malam ini sebagai pemangkin semangat untuknya terus berkarya dalam industri.

Pada masa sama, pelakon yang mendedahkan menghidap penyakit bipolar itu turut menitipkan pesan kepada semua agar orang yang melalui perkara sama sepertinya agar tidak berputus asa.

“Saya hampir jatuh tersungkur awal tahun ini. Terima kasih beri hadiah ini sebagai pemangkin semangat buat saya.

“Sekiranya kalian rasa sedih, kecewa atau dunia ini tak adil, jangan putus asa. Sebab akan sentiasa ada sinar untuk kita. Ikhlas daripada saya, Nurul Jannah bukan Janna Nick,” titipnya.

Malam ABPBH34 turut menyampaikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada komposer dan penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan atas pencapaian dan sumbangannya terhadap industri seni tanah air.

Edisi ABP yang mengangkat tema #KITABERSAMA bersiaran tanpa kehadiran penonton bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha mengekang penularan Covid-19 yang memasuki tahun kedua. – K! ONLINE

Senarai pemenang:

Artis Baharu Lelaki Popular: Dinie Rashid
Artis Baharu Wanita Popular: Dolla
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia: Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia: Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Aina Abdul/Khai Bahar (Nafas Cinta)
Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular: Janna Nick
Pelakon TV Lelaki Popular: Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha
Artis Versatil Popular: Siti Nordiana
Artis Komedi Popular: Asif Suhaimi
Pengacara TV Popular: Janna Nick
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Watak Animasi Popular: Ejen Ali

Anugerah Khas: Datuk Habsah Hassan

Kategori online:

Gandingan Serasi Drama Popular: Kamal Adli & Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa)
Gandingan Serasi Filem Popular: Wanna Ali, PU Riz (Ada Apa Dengan Dosa)
Watak Antagonis Popular: Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)
YouTuber Popular: Aqil Zulkiflee
Artis TikTok Popular: Khai Bahar
Anugerah FANtastik Popular: Siti Nordiana FC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI