fbpx

DJ Lin menang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ Lin

PETALING JAYA – Penyampai radio Suria FM, DJ Lin mempertahankan kategori Penyampai Radio Popular empat tahun berturut-turut pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) yang berlangsung malam ini.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 45, yang popular menerusi segmen Suria Cinta menewaskan pencabar lain seperti Jep Sepahtu, Sharifah Shahirah, Siti Elizad dan Tyzo.

“Saya sangat gembira kerana bukan mudah membawa harapan peminat. Saya sangat bersyukur kepada Allah.

“Ini adalah hadiah kepada peminat dan hadiah hari kelahiran saya ke-46 tahun yang akan disambut pada 31 Disember ini,” katanya.

Ini merupakan kemenangan keempat DJ Lin bagi kategori sama selepas kejayaan dicapai pada ABPBH 2015, ABPBH32 dan ABPBH33 tahun lalu.

ABPBH34 yang dihoskan pengacara Sherry Alhadad bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI