fbpx

Anggota APM selamatkan penyu sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM menyelamatkan seekor penyu agar yang dipercayai sesat di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson pagi tadi.-IHSAN APM

PORT DICKSON- Seekor penyu jenis agar seberat 50 kilogram yang berusia tujuh hingga 10 tahun  berjaya ditemukan sesat di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan awam pada pukul 11.56 pagi tadi yang memaklumkan terdapat seekor penyu sesat yang ditemukan di kawasan berkenaan.

“Pusat Kawalan Operasi Port Dickson menerima maklumat daripada orang awam terdapat satu kes penyu sesat dan anggota kami bergerak ke Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson pada 11.58 pagi tadi.

“Setibanya anggota di lokasi pada pukul 12.20 tengah hari, mereka mendapati terdapat seekor penyu yang sesat berdekatan kawasan janakuasa berkenaan dan anggota berjaya mengangkat penyu berkenaan pada pada pukul 1.18 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI