fbpx

2,000 siakap percuma diagih kepada penduduk DUN Jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHAID (kiri) menyerahkan ikan sikap percuma kepada seorang penerima di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Sebanyak 2,000 ikan siakap diagihkan secara percuma kepada penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram di sini, hari ini.

Selain Puncak Alam, pengagihan ‘ikan tular’ kepada lebih 700 penerima itu turut melibatkan lima kampung pedalaman di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli berkata, sumbangan itu bertujuan memberi peluang dan membantu penduduk berpendapatan rendah mendapatkan ikan berkenaan secara percuma.

Katanya, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram memperuntukkan kos berjumlah RM20,000 untuk membeli siakap  secara borong.

“Semua penerima turut termasuk mereka yang dipilih secara rawak dan dihubungi untuk mendapatkan ikan tersebut.

“Pengagihan itu dilaksanakan para sukarelawan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya ketika ditemui pada program itu hari ini.

Terdahulu, beliau meninjau pengagihan 1,000 ikan berkenaan selama dua jam di Bandar Puncak Alam, di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI