fbpx

Xavi mahu ‘jinakkan’ Pique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIQUE dianggap sebagai pemain penting buat Xavi menyebabkan beberapa peraturan dikenakan terhadap pemain itu. – AFP

BARCELONA – Jurulatih baharu Barcelona, Xavi sudah mula menunjukkan taringnya sebagai pengemudi pasukan berkenaan demi untuk mengembalikan ke­gemilangan gergasi La Liga itu.

Xavi tiba di Camp Nou de­ngan beberapa peraturan baharu termasuk mengarahkan pemain pertahanannya, Gerard Pique membatalkan kemunculan bersama sebuah rancangan televi­syen, El Hormiguero.

Pique sebelum ini pernah muncul dalam rancangan ber­kenaan sebagai tetamu pada 2019 dan sepatutnya kembali ke rancangan berkenaan tetapi pelantikan Xavi menyebabkan pemain itu terpaksa melupakan hasratnya itu.

Biarpun hubungan Pique dan Xavi adalah cukup baik sebagai rakan peribadi dan sepasukan sebelum ini, jurulatih baharu The Catalans mahu segala urusan kelab itu dijalankan secara profesional tanpa sebarang kompromi.

Selain itu, Pique yang turut terlibat dalam penganjuran kejohanan tenis Piala Davis juga diarah­kan supaya memperlahankan aktiviti berkenaan biarpun tidak dihalang untuk melibatkan diri.

Pique juga yang terkenal de­ngan hobi meluncur ombak dan berbasikal turut dihalang untuk meneruskan minat tersebut ke­rana Xavi berpendapat ia boleh mendatangkan risiko kecederaan.

Selain beberapa arahan yang diberikan terhadap Pique, Xavi mengemukakan beberapa peraturan lain terhadap semua pemainnya seperti perlu tiba 90 minit sebelum sesi latihan bermula sementara staf kejurulatihan perlu hadir dua jam lebih awal.

Pemain yang tiba lewat bakal didenda dengan jumlah bayaran tertentu dan mengulangi perbuatan tersebut menyebabkan mereka tidak akan dibenarkan bermain selain sesi sarapan pagi dan makan tengah hari perlu dilakukan di kelab bersama pakar pemakanan yang akan membuat pemantauan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI