fbpx

Hidup berzina selepas tipu untuk dapat Wali Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Kekal hidup dalam zina, beri keterangan palsu untuk dapat wali hakim”.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, dia terkejut apabila mendengar kisah seorang individu didakwa memberi keterangan palsu di Mahkamah Syariah tentang tidak mengetahui keberadaan si ayah kandungnya untuk mendapatkan Wali Hakim.

“Saya terkejut bila terdengar satu kisah yang diceritakan oleh seorang lelaki, dia bertanyakan tentang status pernikahan saudaranya secara wali hakim tiga tahun yang lepas.

“Katanya, mereka dikahwinkan secara wali hakim kerana saudaranya itu bencikan ayahnya yang pernah tinggalkan mereka sejak kecil bersama ibunya, jadi dia dikatakan memberi keterangan palsu di Mahkamah Syariah tentang tidak mengetahui keberadaan si ayah kandungnya sedangkan walinya itu masih hidup,” katanya dalam Facebook.

Tambahnya lagi, menjadi satu kesalahan jenayah bagi sesiapa yang didapati menipu dalam memberikan keterangan di Mahkamah.

“Menipu dalam memberikan keterangan di Mahkamah adalah satu bentuk kesalahan di bawah Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang yang mana ia boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM3000 atau penjara tak lebih 2 tahun.

“Dalam hukum Syarak, haram bila kita memberikan keterangan palsu atau tidak benar sedangkan kita mengetahui yang perkara itu adalah salah. Apatah lagi haram hukumnya bila kita menipu Mahkamah semata-mata nak dapatkan kebenaran bernikah secara Wali Hakim.

Menurutnya lagi, pernikahan pasangan tersebut tidak sah dan jatuh hukum haram apabila cuba menipu dan menyembunyikan identiti wali mujbir (wali kandung) yang masih hidup.

“Pernikahan pasangan yang terjalin dengan penipuan untuk mendapatkan wali hakim tersebut disisi syarak adalah tidak sah dan haram hukumnya bila ada wali yang masih hidup namun disembunyikan maklumat.

“Pernikahan pasangan tersebut perlu dibuat permohonan faraq nikah dan perlu nikah semula dengan menggunakan wali mujbir tersebut selagi dia masih ada. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI