fbpx

Puteri Aishah tayang wajah bakal suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI AISHAH bersama bakal suaminya.

PETALING JAYA – Genap empat hari mengumumkan akan bernikah dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun pada bulan ini, Puteri Aishah tampil mendedahkan wajah bakal suami.

Biarpun belum beredia menyatakan tarikh hari bersejarah mahu pun identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya, perkongsian gambar bersama insan tercinta menjadi petanda majlis pernikahan mereka semakin hampir

Jika sebelum ini bintang filem pulang hanya berkongsi gambar si dia dari belakang, semalam menerusi Instagram diperlihatkan pula wajah sebenar jejaka itu.

Mengenakan kemeja T Rona sama dengan buah hati, kemesraan tiga keeping gambar pra perkahwinan dalam mood santai sudah mampu menggambarkan kebahagiaan mereka.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman itu dilihat ditemani kekasihnya ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2021 di pusat beli belah Pavilion.

Biarpun dia turut berkongsi momen pada acara tersebut di laman sosialnya, ketika itu bakal suaminya mengenakan pelitup sehingga ramai tidak perasan dia adalah lelaki istimewa di hati Puteri Aishah.

Terdahulu, aktres Pulang itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan berusia 28 tahun, bulan ini, selepas dua tahun menjalin hubungan cinta.

Katanya, persiapan menuju hari bahagia berjalan dengan lancar malah sudah siap hampir 80 peratus.

Kedua-dua bakal pengantin mahu melangsungkan perkahwinan mereka dengan disaksikan keluarga kedua belah pihak namun mengikut prosedur operasi standard (SOP). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI